PENGENALAN
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa denggi merupakan suatu masalah yang serius dewasa ini. Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh yang demikian , Sanofi Pasteur dengan usahasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk menganjurkan DENGUE PATROL PROGRAM 2012 untuk membawa kesedaran, mendidik dan mengubah minda serta gaya hidup para pelajar dan masyarakat mengenai bahaya denggi, kaedah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes dan amalan gaya hidup sihat.
RASIONAL
Memberi kesedaran tentang masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan mengawal dan mencegah demam denggi. Ia juga akan mendatangkan manfaat dan membantu membawa kesedaran mengenai bahaya denggi kepada para pelajar dan masyarkat sekitar.
MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada murid-murid agar mengamalkan penjagaan kesihatan kebersihan khususnya di persekitaran rumah dan diri mereka.
OBJEKTIF
- Mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan seruan untuk bertindak bagi mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi.
- Untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha mengubah gaya hidup.
- Mengenali nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
- Mengawal dan mencegah demam denggi.
No comments:
Post a Comment